Wednesday, 20 May 2015

kek cawan coklat moist!

Assalamualaikum wbt..

dah lama tak update blog. Sejak banyak kerja tak terbuat dek kerana duk jenguk blog je.. padahal takde la banyak post sangat pun kan! Huhu

Terbangun pukul 12.30 pagi kerana mimpi buruk. Tu la, siapa suruh tidur sebelum solat isyak kan? Ummi memang akan mimpi buruk kalau tidur sebelum solat. Alhamdulillah Allah kejut untuk solat isyak, alang-alang tahajjud lah sekali kan!

Pagi ni nak buat kek cawan coklat. Resepi ni minta dari kakak ipar yang sememangnya jago bab-bab baking ni! Dah beberapa hari minta tapi sebab tak cukup bahan, maka ummi hold dulu. Kalau tengok gambar yang dia bagi resepi dari seorang blodder nama kak ita. Kalau kak ita ada terbaca post ni, dan resepinya lebih kurang, minta halal ye! Hari selasa ritu dah shopping sakan bahan mentah sampai habis beratus. Mak aiiii shopping tak ingat dunia!

Ok apa lagi jom kita semak resepi kek cawan coklat ni. Sangat moist!makan 2 pun tak rasa muak. Jom!!!

KEK CAWAN COKLAT MOIST

bahan-bahan:
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh soda bikarbonat
(Resepi asal ada tambah nescafe tapi ummi tak letak)

Bahan B:
1 3/4 cawan gula castor
1 cawan minyak masak (ummi guna minyak canola)
1 cawan susu segar
3 biji telur

bahan C:
3/4 cawan air panas

cara-cara:
1. Satukan semua bahan B dan kacau sebati.
2. Bahan A diayak bersama.
3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau sebati.
4. Kemudian masukkan air panas, kacau sebati.
5. Isikan adunan ke dalam muffin cup, ummi isi hingga 3/4 cawan.
6. Bakar di dalam oven suhu 170°C selama 30 minit. (Resepi asal 175° selama 20 min. Tapioven ummi bukan yang digital jadi tak reti nak pulas sampai 175.)
7. Bila sudah masak sejukkan dan tunfgu dingap pagi esok!
Ummi dah ngap dua biji tapi masih tak puas. Memang tak muak langsung. Kita tengok feedback dari jururasa ummu esok pagi ye :)